January 28, 2009

this is funny

blabbed by Amira Zafirah at 1/28/2009 11:06:00 PM
got this from email.
I know its lame, but it surely made my day :D

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai
diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi
yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah
magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan muz: ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh
sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa
bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut
kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk nenggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

well, if you guys didnt laugh or whatsover,
fine. tengok la Raja Lawak.
haha. lame.

9 extra blabbing on "this is funny"

ssin on January 29, 2009 at 12:15 AM said...

geli doe tgk raja lawak
sbb tak rasa lawak
kan?

Amira Zafirah on January 29, 2009 at 12:17 AM said...

yup. tapenah tgk pon okay.
iklan pon teros tuka, sumpa tak menarik.

dann on January 29, 2009 at 3:23 AM said...

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

i did that! HAHA choyy.
mencubacuba kan. haha ;D

nana on January 29, 2009 at 8:56 AM said...

btl2.i pn try sentuh tlinga gune siku

Naz. on January 29, 2009 at 7:10 PM said...

that sure made my day! ;P

adenium on January 29, 2009 at 8:47 PM said...

cessssss...camner bleh kuar fakta no 14 tu huh...???

Amira Zafirah on January 29, 2009 at 9:44 PM said...

hahaha.
ramai jugak yang kantoi yeee

:D

intan on January 29, 2009 at 9:55 PM said...

bodoh oke sape tak gelak

zhana zulkifli on March 24, 2009 at 4:03 AM said...

hello there

i was enjoying my time by reading your blogs few days .from the older to the newest post .

one word for your blog is "fantastic" .from about your friend ,relationship and spending your time as a teenager really interest me up.


keep on writting ,cannot wait to read your next entry :)

Related Posts with Thumbnails
 

Little Voice Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal